INSTRUMENTASI PEMANTAUAN CUACA ANGKASA
MYSA melaksanakan program penyelidikan, pembangunan dan aktiviti berkaitan pemantauan cuaca angkasa di Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi dan universiti tempatan dan luar negara serta diguna pakai oleh penyelidik dan pelajar universiti.
Instrumentasi cuaca angkasa yang telah dibangunkan adalah seperti berikut:
1️⃣ Magnetic Data Aquisition System (MAGDAS)
Merupakan sejenis magnetometer yang dipasang bagi memantau perubahan medan magnet bumi yang disebabkan oleh aktiviti matahari. Terdapat 7 buah stesen MAGDAS di Malaysia yang dibangunkan dengan kerjasama University of Kyushu Jepun, UKM, UiTM, USM, UNISZA dan UPSI. 3 buah stesen adalah di bawah seliaan MYSA dan data dikumpul sejak 2008.
2️⃣ Compound Astronomical Low frequency Low Cost Instrument for Spectroscopy and Transportable Observatory (CALLISTO)
Merupakan sebuah spektrometer radio yang digunakan untuk mengesan isyarat matahari khususnya Solar Radio Bursts (SRB) dalam julat frekuensi 45 – 870 MHz. CALLISTO dipasang di Kompleks Teknologi Angkasa MYSA, Banting dan menjana data mulai tahun 2016.
3️⃣ Teleskop Solar
Teleskop solar di ONL ini amat penting dalam pemantauan dan ramalan cuaca angkasa khususnya digunakan untuk pencerapan dan merekodkan data matahari.
4️⃣ National R&D CORS Network (NRC-net)
Data daripada NRC-net digunakan untuk kajian dalam bidang ionosfera. MYSA menyelia dan memantau 6 stesen yang dibangunkan dengan kerjasama UTM.
#MYSA #MOSTI #KyushuUniversity #Japan #WKSO #LAPAN #UKM #UiTM #USM #UNISZA
#UPSI #UTM #UM #UMT #JabatanMufti #JAKIM #BalaiCerap #KelabAstronomiMalaysia
#STI #DSTIN #MySTIE #KeajaibanSains #ScienceForLife #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita
#KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid