BALAI CERAP STELLAR I dan II
Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dilengkapi dengan 2 unit teleskop untuk pencerapan malam (stellar) iaitu Stellar I dan II. Stellar I dibangunkan pada tahun 2006 untuk tujuan pencerapan fenomena dan objek astronomi seperti fenomena gerhana, kajian bintang dedua, planet, galaksi, asteroid dan sebagainya.
Pada tahun 2015, ONL telah diberi pengiktirafan kod observatori O43 oleh Minor Planet Center, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU – International Astronomical Union) sebagai salah satu fasiliti yang berupaya untuk mencerap objek yang menghampiri bumi (NEO – Near-Earth Object) seperti komet dan asteroid. Keupayaan ONL dipertingkatkan pada tahun 2017 melalui pembangunan Stellar II yang berupaya mencerap dan menjejak NEO dengan lebih pantas.
Penggunaan Sistem Teleskop Stellar I dan Stellar II adalah untuk tujuan penyelidikan saintifik. Antara penyelidikan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
1) Pencerapan bintang dedua (Short Variable Star Observation) – RX Hercules & FX Vela;
2) Pengimejan untuk kajian nukleus galaksi aktif;
3) Fotometri dan spektroskopi bintang;
4) Mengukur diameter bintang menggunakan kaedah penghijaban bintang;
5) Pengambilan data asteroid;
6) Kajian pencemaran cahaya; dan
7) Pengambilan imej astrofotografi.
#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife
#SatellitesImproveLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner
#AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid