OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI (ONL)
PENGGUNAAN ONL
Tujuan utama penggunaan ONL adalah untuk Penyelidikan dan Pembangunan dan penjanaan ilmu (knowledge creation) yang melibatkan penglibatan penyelidik dan pelajar universiti tempatan/antarabangsa serta rakan kerjasama antarabangsa (penyelidik antarabangsa) khususnya melalui program kerjasama penyelidikan saintifik. Antara lain, termasuk penempatan instrumentasi saintifik yang berkaitan di ONL bagi tujuan penyelidikan.
Selain itu, ONL juga turut menyokong program pendidikan seperti penempatan pelajar Latihan Industri serta kesedaran melibatkan semua lapisan masyarakat khususnya pelajar termasuk melalui penerimaan pelawat.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan, ONL menyediakan khidmat konsultansi, latihan dan perkhidmatan lain berkaitan astronomi dan sains angkasa seperti berikut:
▶️ Astrometri, fotometri dan spektroskopi stellar dan fizik suria (solar);
▶️ Data dan imej cerapan stellar, solar dan cuaca angkasa;
▶️ Pengendalian instrumentasi dan pencerapan data; dan
▶️ Pencerapan atas talian (secara kawalan jauh).
Penyelidik dan pelajar yang menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang astronomi dan sains angkasa adalah dijemput untuk menggunakan kemudahan ini.
Maklumat lanjut sila layari portal kami di www.mysa.gov.my
#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife
#SatellitesImproveLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner