Istilah cerap bermaksud memerhati atau menaruh minat. Balai cerap atau observatori ialah lokasi atau bangunan yang digunakan untuk memerhati peristiwa cakerawala dan fenomena astronomi seperti bintang, planet, Matahari, galaksi dan objek angkasa lain.
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melalui Observatori Negara Langkawi (ONL) yang siap dibina pada tahun 2006 adalah salah satu balai cerap di Malaysia yang menyediakan fasiliti pencerapan bertaraf antarabangsa bagi penyelidikan dalam bidang astronomi optikal di Malaysia. Kelebihan ONL yang terletak di Khatulistiwa membolehkan ia mencerap objek astronomi di langit hemisfera utara mahupun selatan.
ALAT INSTRUMENTASI ONL dilengkapi sistem teleskop optikal robotik yang terbahagi kepada 2 teleskop utama: 1) 1 unit teleskop solar (Matahari); dan 2) 2 unit teleskop stellar (langit malam) yang mana salah satunya berupaya menjejak NEO (Near-Earth Object)