ZUHAL (SATURN)
Zuhal merupakan planet keenam dan kedua terbesar selepas Musytari dalam sistem suria. Merupakan planet paling jauh dapat dilihat dari Bumi dengan mata kasar. Planet gergasi bergas ini mempunyai lapisan atmosfera terdiri dari hidrogen dan helium. Struktur terasnya adalah berbatu, diseliputi lapisan cecair hidrogen logam dan lapisan mantelnya terdapat sedikit kesan pelbagai ais.
Zuhal mempunyai 82 bulan, 6 yang utama adalah Titan, Rhea, Lapetus, Dione, Tethys dan Enceladus. Titan merupakan bulan terbesar di Zuhal dan kedua terbesar dalam sistem suria, lebih besar daripada bulan di Bumi. Satu-satunya bulan di sistem suria mempunyai lapisan atmosfera padat mengandungi Nitrogen seperti di atmosfera Bumi. Permukaan berais dan berkemungkinan mempunyai lautan di bawahnya.
Zuhal, antara 4 planet bergas selain Musytari, Uranus dan Neptun yang mempunyai gelang mengelilinginya. Sistem gelang Zuhal adalah paling hebat dan menarik, terdiri daripada ketulan ais dan batu pelbagai saiz. Mempunyai tujuh gelang dengan beberapa bahagian yang renggang, terbesar adalah Renggang Cassini (Cassini Division) dan yang lebih kecil adalah Renggang Enckle (Enckle Division).
4 kapal angkasa iaitu Pioneer 11, Cassini, Voyager 1 dan Voyager 2 telah meneroka Zuhal. Cassini mengorbit planet ini sebanyak 294 kali (2004-2017) untuk mengkaji planet, bulan dan gelangnya.
Untuk info lanjut, sila layari:
🛰️ https://
🛰️https://space-facts.com/
#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE
#MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #SatellitesImproveLife
#MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu
#BersamaHentikanWabakCovid