KONJUNGSI (CONJUNCTION)
Istilah “conjunction” berasal daripada Bahasa Latin yang membawa maksud bergabung. Manakala dalam astronomi, istilah ini merujuk kepada dua atau lebih objek cakerawala seperti dua planet, Bulan dan planet atau Matahari dan planet yang menghampiri satu sama lain di langit. Ia berlaku apabila dua objek cakerawala mempunyai jarak hamal (right ascension) atau longitud dalam ekliptik yang sama seperti dilihat dari Bumi. Kedua-dua objek tersebut dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
Untuk info lanjut, sila layari:
🛰️ https://earthsky.org/ast…/definition-conjunction-astronomy
🛰️ http://www.wondrousheaven.com/?p=249