MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

KONJUNGSI MUSYTARI & ZUHAL (Conjunction of Jupiter and Saturn)

INFOGRAFIK36

Pengakhiran tahun 2020 ini diserikan dengan fenomena astronomi istimewa dikenali sebagai ‘Rare Great Conjunction of Jupiter and Saturn’ di mana Musytari dan Zuhal akan kelihatan paling dekat dan menghampiri antara satu sama lain. Fenomena ini berlaku setiap 20 tahun sekali di mana kedua-dua planet ini akan berada dalam satu jajaran ketika mengorbit Matahari. Konjungsi paling terakhir dengan jarak sudut 1/12 darjah, berlaku 397 tahun yang lepas iaitu pada 16 Julai 1623.

Fenomena ini boleh dilihat dengan mudah melalui mata kasar di langit kawasan khatulistiwa pada ketinggian lebih kurang 29 darjah pada arah barat daya selepas terbenamnya Matahari pada 21 Disember 2020. Kedua-dua planet kelihatan paling dekat seperti planet berkembar, dan hampir sejajar dari Bumi dengan jarak sudut 1/10 darjah, dan jarak antara kedua-duanya lebih kurang 1/5 diameter bulan purnama.

Pemerhatian yang lebih baik adalah dengan menggunakan binokular atau teleskop dan kenampakan fenomena ini turut bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Fenomena konjungsi paling dekat seterusnya, iaitu lebih kurang 1/10 darjah akan berlaku pada 15 Mac 2080.

Kongsikan gambar fenomena ini bersama kami dengan #MYSA atau di ruangan komen.

Untuk info lanjut, sila layari:
https://earthsky.org/…/great-jupiter-saturn-conjunction-dec…
https://solarsystem.nasa.gov/planets/saturn/in-depth/

 

#MYSA #MOSTI #STI

#MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #SatellitesImproveLife 

#MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu 

#BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

Skip to content