PENGUKURAN PENJAJARAN (ALIGNMENT MEASUREMENT)
Merupakan pengukuran spesifik yang bertujuan untuk memastikan ketepatan pemasangan dan integrasi komponen dan subsistem kepada kerangka utama satelit. Selain itu, pengukuran ini digunakan sebagai proses verifikasi bagi memastikan kedudukan geometri komponen/subsistem satelit tidak berubah selepas fasa pengujian mekanikal.
Contohnya, pemasangan dan integrasi kamera pengesan bintang (star tracker) pada kerangka satelit perlu menepati sudut pandang yang ditetapkan bagi memastikan pengesanan kedudukan satelit di orbit mencapai tahap kejituan yang diperlukan.
Pengukuran penjajaran juga turut dilaksanakan semasa integrasi komponen besar seperti panel solar dan antena di mana pemasangan komponen tersebut perlu mematuhi julat toleransi yang tepat bagi memastikan keberfungsian maksimum semasa beroperasi.
Selain satelit, fasiliti pengukuran penjajaran ini juga boleh digunakan oleh industri komersial seperti industri pembuatan atau pusat penyelidikan dalam mengukur ketepatan penjajaran geometri komponen sesuatu objek/produk.
Untuk info lanjut, sila layari:
https://www.mysa.gov.my/mysa2022/
#MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #SatellitesImproveLife
#MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu
#BersamaHentikanWabakCovid