PENGUJIAN GEMA AKUSTIK (REVERBERATION ACOUSTIC TEST)
Sejenis pengujian mekanikal yang mensimulasikan getaran bunyi akustik berfrekuensi tinggi yang dihasilkan melalui ekzos dan enjin kenderaan pelancar.
Pengujian ini bertujuan untuk memastikan struktur dan komponen satelit dapat bertahan terhadap kesan bunyi akustik yang tinggi semasa pelancaran. Bunyi kuat daripada ekzos dan enjin pelancar akan menyebabkan getaran bunyi yang boleh menyebabkan satelit tidak dapat berfungsi dengan baik di orbit.
Selain itu, ia juga memberi kesan kepada ketahanan struktur pemasangan antena pada satelit. Sekiranya tidak diuji, struktur antena pada satelit boleh terganggu atau rosak dan akan menyebabkan satelit tidak dapat berkomunikasi apabila berada di orbit kelak.
Fasiliti ini menggunakan gas Nitrogen (GN2) sebagai sumber penjanaan bunyi. GN2 disalurkan kepada transduser dan pembesar suara horn untuk menjanakan bunyi bertekanan tinggi ke dalam kebuk gema yang dikawal oleh sistem kawalan akustik bagi menghasilkan spektrum bunyi yang diperlukan.
Selain menguji satelit, fasiliti pengujian gema akustik ini juga boleh digunakan oleh industri komersial atau pusat penyelidikan, contohnya dalam bidang aeronautik (kapal terbang).
Untuk info lanjut, sila layari:
https://www.mysa.gov.my/mysa2022/
#MYSA #MOSTI #STI
#MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife
#SatellitesImproveLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner