PENGUJIAN VAKUM TERMA (THERMAL VACUUM TEST)
Merupakan pengujian yang spesifik untuk satelit. Ujian ini melibatkan satelit melalui simulasi suhu ekstrem dan keadaan vakum bagi memastikan satelit dapat beroperasi dengan baik dalam persekitaran angkasa. Keadaan suhu di angkasa adalah berbeza berbanding keadaan di bumi di mana suhu tertinggi boleh mencapai 150°C dan suhu terendah sehingga -100°C.
Nyahgas (outgassing) daripada komponen elektronik pada satelit di dalam keadaan vakum pula menjadi satu isu besar kerana gas yang terhasil itu boleh menyebabkan tindak balas tidak diingini, yang menyebabkan gangguan pada prestasi satelit.
Selain menguji satelit, fasiliti pengujian vakum terma ini juga boleh digunakan oleh industri komersial dan pusat penyelidikan untuk tujuan pengeluaran produk berkaitan satelit seperti berikut:
1. Menguji sistem kawalan suhu yang digunakan pada bateri dan keberkesanannya. Ini kerana bateri satelit tidak dapat berfungsi sekiranya suhunya adalah di luar julat pengoperasian.
2. Memastikan keberfungsian komponen elektronik dalam satelit diuji terlebih dahulu di dalam persekitaran angkasa bagi mengelakkan nyahgas (outgassing) yang boleh menyebabkan satelit mengalami kerosakan semasa di orbit.
3. Memastikan rekabentuk sistem kawalan terma pada satelit dapat berfungsi dengan baik. Seterusnya dapat mengenalpasti tahap keberkesanan rekabentuk sistem kawalan terma bagi memastikan sistem satelit beroperasi pada suhu yang ditetapkan (operating temperature).
Untuk info lanjut, sila layari:
https://www.mysa.gov.my/mysa2022/measurement-and-testing-of-space-…/…/
#MYSA #MOSTI #STI
#MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #SatellitesImproveLife
#MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu
#BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa