Pelancaran Udara (Air Launch) merupakan kaedah melancarkan pelancar di udara menggunakan pesawat untuk membawa satelit ke orbit.
Pelancar Pegasus merupakan pelancar yang pertama berjaya melancarkan satelit dari udara dan masih beroperasi sehingga kini. Ia merupakan pelancar tiga peringkat yang dibangunkan oleh Orbital Sciences Corporation dan diambil alih oleh Northrop Grumman pada tahun 2018. Sejak 1991, pelancar ini melaksanakan sebanyak 44 pelancaran melibatkan penghantaran 95 satelit ke orbit rendah bumi. Daripada jumlah tersebut, 39 pelancaran berjaya dilaksanakan, 2 separa gagal dan 3 lagi gagal.
Sebelum pelancar Pegasus dilancarkan, ia akan di bawa ke ketinggian 12 km dengan menaiki pesawat Stargazer L-1011 di kawasan perairan dan kemudiannya dilepaskan. Sejurus lima saat selepas dilepaskan, motor pelancar Pegasus peringkat pertama akan dihidupkan untuk terbang ke ketinggian 55 km. Setelah itu, motor peringkat kedua pula dihidupkan untuk terbang ke ketinggian 190 km. Akhirnya, motor peringkat ketiga pula dihidupkan bagi membawa satelit ke orbit.
Kelebihan:
Tidak memerlukan tapak pelancar, memadai dengan landasan kapal terbang sahaja;
Pesawat boleh diguna semula kerana tidak musnah selepas pelancaran; dan
Kos pelancaran yang rendah.
Kekurangan:
Boleh membawa satelit kecil sahaja (maksimum berat 450kg).
Untuk info lanjut mengenai pelancaran udara sila layari:
https://www.northropgrumman.com/space/pegasus-rocket/
https://www.nasa.gov/mis…/launch/pegasus_countdown101.html
#MYSA #MOSTI #STI #NASA #ESA #PKPB #MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience
#ScienceForLife #SatellitesImproveLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang
#KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa