MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Pengoperasian Teknologi Angkasa Dalam Pengurusan Banjir: Analisis & Penjanaan Output

INFOGRAFIK55

Pengoperasian Teknologi Angkasa Dalam Pengurusan Banjir: ANALISIS DAN PENJANAAN OUTPUT

Gabungan pelbagai jenis maklumat data spatial dengan imej satelit sebagai salah satu alat sokongan utama untuk pengurusan bencana ke dalam kerangka sistem maklumat geografi (GIS) telah membuktikan kegunaannya dalam pengurusan bencana. Kejayaan ini lebih menyerlah dengan penerapan teknologi Web-GIS.

Analisis berikut dijalankan bagi penjanaan maklumat yang diperlukan oleh agensi pengurusan bencana dan keselamatan berkaitan iaitu;
➡️ Pengkelasan imej kawasan banjir dan kawasan bukan banjir menggunakan data radar;
➡️ Penilaian kerosakan kawasan pertanian dan infrastruktur;
➡️ Penghasilan kawasan lazim banjir daripada siri data banjir sebelumnya dengan menggunakan teknik GIS; dan
➡️ Analisis kawasan ditenggelami air sebagai input dalam pengurusan bantuan kepada mangsa banjir dengan lebih tepat dan berkesan.

MYSA telah menyediakan akses secara dalam talian kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah/Negeri (JPBD/JPBN) dan agensi-agensi yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat seperti imej satelit kawasan yang dilanda banjir, keluasan kawasan yang dilanda banjir, lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir, jalan-jalan yang ditenggelami banjir, kemudahan logistik yang terdapat di pusat-pusat pemindahan, pengkalan hadapan dan kawasan yang lazim berlakunya banjir.

#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #ScienceForLife #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita 

#KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

 
 
Skip to content