MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PENGOPERASIAN TEKNOLOGI ANGKASA DALAM PENGURUSAN BANJIR : JENIS-JENIS DATA SATELIT

INFOGRAFIK53
INFOGRAFIK53a
INFOGRAFIK53b
INFOGRAFIK53c
PENGOPERASIAN TEKNOLOGI ANGKASA DALAM PENGURUSAN BANJIR : JENIS-JENIS DATA SATELIT
 
Pelbagai platform dan sensor remote sensing boleh digunakan dalam pengurusan bencana banjir sebagai sumber data termasuk optikal dan radar (Synthetic Aperture Radar). Kelebihan sensor satelit radar berbanding optikal adalah keupayaannya menembusi awan dan dapat mencerap data siang dan malam. Ini sangat berguna semasa musim tengkujuh yang mana litupan awan pada ketika ini adalah tinggi. Imej yang dihasilkan membolehkan pemantauan dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas kejadian banjir.
 
MYSA menerima dan memproses imej satelit remote sensing pelbagai resolusi khususnya yang diterima secara terus di Stesen Penerima Data Satelit (SPDS) di Temerloh, Pahang atau yang diperoleh melalui stesen bumi luar negara bagi memenuhi keperluan pengurusan bencana negara. Bagi maklumat yang lebih terperinci bagi kawasan kejadian banjir, MYSA melaksanakan penerbangan dron untuk memantau lokasi kejadian yang spesifik semasa berlakunya bencana mengikut keperluan agensi pengurusan bencana berkaitan.
 
 
 
Skip to content