INFOGRAPHIC2021 37

Sistem Maklumat Program Pembangunan Ladang Hutan (e-PPLH)

Sistem Maklumat Program Pembangunan Ladang Hutan (e-PPLH)
Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) adalah inisiatif kerajaan sebagai alternatif untuk mengurangkan tekanan ke atas hutan asli sebagai sumber bahan mentah bagi industri kayu domestik negara. Inisiatif di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) ini juga merupakan satu usaha untuk memastikan kelestarian sumber bahan mentah sektor perkayuan dengan tumpuan dan penekanan kepada ketersediaan bekalan dari Ladang Hutan getah, jati, khaya, sentang dan akasia.
 
Dalam usaha untuk memastikan kelancaran PPLH, sistem aplikasi web-GIS berteraskan teknologi remote sensing, GIS dan ICT yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Program Pembangunan Ladang Hutan (e-PPLH) telah dibangunkan oleh MYSA bersama MTIB. Kerjasama ini bermula pada tahun 2015 melibatkan empat ladang hutan sebagai kawasan perintis dan kemudiannya diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.
 
Melalui e-PPLH, imej satelit dan data spatial berkaitan ladang hutan diintegrasi dalam pangkalan data bersepadu dan diakses secara dalam talian oleh pengguna. Sistem ini berupaya membantu MTIB dalam pengurusan PPLH dengan lebih efisien termasuk:
(i) memantau dan menilai pembangunan ladang hutan yang dilaksanakan di bawah PPLH berdasarkan maklumat yang dijana daripada imej satelit, antara lain bagi :
• mengenal pasti spesies tanaman ladang hutan
• menghasilkan perubahan litupan kawasan ladang hutan, berdasarkan imej siri masa
• mengukur keluasan kawasan sebenar penanaman
(ii) mengakses dan menganalisis maklumat bagi pengurusan ladang hutan seperti
• tahap kemandirian pokok
• perancangan aktiviti silvikultur