Pada tahun 2016, pembangunan Sistem Pengurusan Tanaman Kenaf yang dikenali sebagai MyKenaf telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dalam merancang dan mengurus tanaman kenaf negara. MyKenaf dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman MYSA dan LKTN.
Pengoperasian sistem ini bermula Februari 2019 di 4 kawasan perintis di Negeri Pahang iaitu Merchong, Tanjung Putus, Rompin dan Cherating. Seterusnya, pengoperasian sistem diperluaskan secara berperingkat ke negeri Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Johor.
MyKenaf membolehkan pengguna di LKTN:
Memantau status penanaman, pembajaan, penyakit, bencana dan lain-lain maklumat.
Mengenal pasti potensi kesesuaian lokasi/kawasan untuk ditanam kenaf terutama yang berdekatan dengan Pusat Pengumpulan Pemprosesan Kenaf.
Menjana laporan seperti status tanaman, keluasan sebenar bertanam, populasi pokok dan keluaran hasil.
Menyediakan maklumat logistik seperti jarak kawasan tanaman dari kilang kenaf.
#MYSA #MOSTI #MPIC #LKTN
#STI #DSTIN #MYSTIE
#LindungDiriLindungSemua
#KitaJagaKita #patuhiSOP
#AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa