MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

bioDOF-Map: Pencapaian & Hala Tuju

INFOGRAFIK78

bioDOF-Map : PENCAPAIAN & HALA TUJU

Sistem bioDOF-Map untuk ikan hiasan mula dioperasikan pada tahun 2019 di kawasan perintis iaitu Layang-Layang, Johor bagi ikan emas dan Sungai Siput, Perak bagi ikan koi. Sistem ini telah diperluaskan kepada kategori ikan makan yang dimulai dengan ternakan udang marin di kawasan perintis di Pekan Pahang pada Jun 2020. Penggunaan sistem ini akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia mulai 2021.

Bagi mempercepatkan pengemaskinian maklumat Sistem bioDOF-Map, mulai pertengahan 2021, sistem ini boleh diakses oleh penternak bagi mengemaskini maklumat seperti profil, status semasa pengoperasian dan pengeluaran hasil ladang melalui Modul Penternak. Seterusnya, sistem ini akan dipertingkatkan melalui pembangunan Modul Analisis bagi membolehkan pengguna DOF melaksanakan analisis termasuk risiko berkaitan penyakit dan kesan alam sekitar.

Pengoperasian dan peningkatan Sistem bioDOF-Map adalah bertujuan untuk membantu DOF dalam pengurusan, pemantauan dan pengoperasian aktiviti kawalan biosekuriti perikanan dengan lebih komprehensif dan sistematik dalam mematuhi prosedur piawaian standard biosekuriti perikanan yang diterima pakai di peringkat global termasuk pihak Kesatuan Eropah. Inisiatif kerjasama MYSA dan DOF ini adalah bagi menyumbang kepada peningkatan hasil penternak dan ekonomi negara.

#MYSA #MOSTI #MAFI #DOF
#STI #DSTIN #MySTIE #MSN2021 #SatellitesImproveLife #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita 

#AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

 
 
 
 
 
Skip to content