FASILITI KAWALAN MISI (FKM)
Stesen Bumi Telemetri, Penjejakan dan Kawalan yang dikenali sebagai Fasiliti Kawalan Misi (FKM), Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA di Kampung Sungai Lang, Banting, Selangor mula beroperasi pada 5 Mei 2005 telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-5 Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 4 Oktober 2006.
FKM menyediakan platform kawalan dan penerimaan data bagi pengoperasian sesebuah satelit dengan keupayaan berkomunikasi secara dua hala secara serentak. FKM dilengkapi dengan fasiliti komunikasi dan 2 sistem antena. Model 4000 merupakan sistem antena pertama dengan diameter berukuran 5.0 meter untuk fungsi Telemetri, Penjejakan & Kawalan (TT&C- Telemetry, Tracking and Command) pada julat frekuensi jalur-S. FKM telah dinaik taraf pada tahun 2016 dengan pemasangan sistem antena baru iaitu Model Jalur S+X dengan diameter berukuran 7.3 meter. Sistem ini mempunyai keupayaan untuk kedua-dua fungsi TT&C dan penerimaan data iaitu TT&C pada julat frekuensi jalur-S dan penerimaan data pada julat frekuensi jalur-X.
Penggunaan frekuensi ini adalah selaras dengan penetapan yang ditentukan dan dikawal selia oleh International Telecommunication Union (ITU) di peringkat antarabangsa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di peringkat negara.
Untuk info lanjut, sila layari:
https://www.mysa.gov.my/mysa2022/
#STI #DSTIN #MySTIE
#MagicOfScience #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner
#AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid