MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Pengoperasian Teknologi Angkasa Dalam Pengurusan Banjir: Pemantauan & Analisis Kerosakan Kawasan Tanaman Padi Terjejas

INFOGRAFIK57

PENGOPERASIAN TEKNOLOGI ANGKASA DALAM PENGURUSAN BANJIR: PEMANTAUAN & ANALISIS KEROSAKAN KAWASAN TANAMAN PADI TERJEJAS

Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeo Padi) merupakan salah satu sistem yang dibangunkan bertujuan untuk mengesan perubahan guna tanah, memantau status aktiviti tanaman padi serta mengesan lot sawah padi yang bermasalah termasuk pemantauan kawasan banjir.

Sistem MakGeo Padi ini, telah dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Jabatan Pertanian (DOA), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi membolehkan pengguna sistem seperti DOA, Pihak Berkuasa Jelapang dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengakses terus secara dalam talian bagi memantau kawasan lot padi yang terjejas akibat banjir yang terjejas dengan lebih cepat dan tepat tanpa perlu ke lapangan.

Berikutan peristiwa banjir yang berlaku di IADA Rompin bermula 3 Januari 2021 hingga 8 Januari 2021, modul eBanjir dalam Sistem MakGeo Padi telah digunakan dalam membantu agensi pertanian menjana maklumat keluasan kawasan padi yang terjejas akibat banjir. Sumber utama penjanaan data ini adalah berasaskan pengekstrakan maklumat daripada imej radar satelit remote sensing (Radarsat-2) untuk menghasilkan peta kawasan lot padi yang ditenggelami air (melebihi 4 hari) untuk penilaian kerosakan tanaman padi bagi tujuan perancangan pemuliharaan kawasan dan bayaran pampasan kepada petani yang terlibat.

#MYSA #MOSTI #DOA #MAFI #LPP #IADA #STI #DSTIN #MySTIE #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita 

#KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19  #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

 
Skip to content