Fungsi Sputnik 1 adalah untuk mengenal pasti ketumpatan lapisan atmosfera melalui pengukuran perubahan orbitnya dan membekalkan data tentang taburan isyarat radio di dalam lapisan ionosfera, iaitu lapisan atmosfera bumi yang terletak di antara 60 km hingga 100 km dari permukaan bumi. Lapisan ini mengandungi elektron bebas yang memberi kesan kepada transmisi gelombang radio.