MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Balai Cerap Solar dan Heliosferik (SOHO)

INFOGRAFIK17

Matahari adalah bintang yang terdekat dengan Bumi. Aktiviti di Matahari banyak memberi kesan kepada kehidupan dan teknologi di Bumi. Sebagai contoh, pada tahun 1989, ribut suria telah mengakibatkan grid kuasa Hydro-Quebec lumpuh dan menyebabkan Quebec dan sebahagian utara Amerika Syarikat terpaksa bergelap selama 9 jam. Keaktifan aktiviti di Matahari menarik perhatian para saintis bagi menjalankan kajian termasuk meramal sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku.

Antaranya, #NASA dan #ESA telah mengambil inisiatif melancarkan Balai Cerap Solar dan Heliosferik (SOHO- Solar and Heliospheric Observatory) pada 2 Disember 1995 untuk mengkaji Matahari secara mendalam. Kedudukan #SOHO yang sentiasa terletak di antara Bumi dan Matahari membolehkan ia mencerap Matahari 24 jam sehari tanpa gangguan. Lokasinya yang strategik membolehkan evolusi proses letupan di permukaan Matahari dan kewujudan tompok Matahari iaitu kawasan berwarna hitam pekat merupakan kawasan aktif, bersuhu lebih sejuk dan mempunyai medan magnet yang kuat, serta hampir 4000 komet yang lalu berhampiran Matahari dapat direkod.

Tujuan utama SOHO dilancarkan adalah untuk:
1️⃣ mengkaji struktur dalaman Matahari dan perubahan yang berlaku;
2️⃣ mengkaji kawasan korona iaitu lapisan paling luar atmosfera Matahari yang mempunyai suhu yang sangat tinggi iaitu 1,000,000 darjah Celcius; dan
3️⃣ memahami asal usul kejadian dan pergerakan angin suria yang merupakan aliran berterusan plasma Matahari dan medan magnet yang berpunca dari Matahari.

Antara sumbangan utama SOHO adalah:
🌞 membolehkan saintis meramal cuaca angkasa tiga (3) hari lebih awal sekiranya terdapat letupan di Matahari yang menghala ke Bumi;
🌞 memantau perubahan jumlah sinaran Matahari dan sinaran ultraungu yang diterima Bumi; dan
🌞 mengesan beberapa aktiviti baru di permukaan Matahari seperti gelombang korona dan puting beliung solar.

Untuk info lanjut mengenai Balai Cerap SOHO serta bahan bacaan lain yang berkaitan sila layari:

🛰️ https://sci.esa.int/web/soho/-/47368-fact-sheet
🛰️ https://www.nasa.gov/pdf/156578main_SOHO_Fact_Sheet.pdf

#MYSA #MOSTI #STI #PKPB #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife #KitaJagaKita

Skip to content