MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TELESKOP ANGKASA SPITZER

INFOGRAFIK16

TELESKOP ANGKASA SPITZER ditransformasikan daripada Space Infrared Telescope Facility (SIRTF) merupakan misi penghasilan teleskop inframerah kedua selepas kejayaan IRAS. Teleskop ini dinamakan bersempena nama seorang ahli astrofizik terkenal iaitu Lyman Spitzer yang telah memperkenalkan konsep teleskop di ruang angkasa sejak 1940.

Spitzer dilancarkan pada 25 Ogos 2003 merupakan misi terakhir Program Balai Cerap Besar NASA (NASA’s Great Observatories) terdiri daripada empat (4) jenis teleskop yang mencerap alam semesta dengan menggunakan gelombang elektromagnetik berlainan iaitu:
1) Teleskop Angkasa Hubble
– cahaya nampak
2) Comptom Gamma-Ray Observatory (CGRO)
– sinar gamma
3) Balai Cerap X-ray Chandra
– sinar-X
4) Teleskop Angkasa Spitzer
– inframerah

Oleh kerana teknologi Spitzer menggunakan sinaran inframerah, maka ia mampu merekodkan data yang tidak dapat dicerap oleh Hubble yang menggunakan cahaya nampak. Ini kerana jarak gelombang inframerah adalah lebih panjang melebihi jarak gelombang cahaya nampak. Jadi ia mampu menembusi kawasan berdebu di angkasa serta dapat mengesan pusat galaksi dan sistem-sistem planet yang baru terbentuk. Sistem inframerah teleskop ini juga membolehkan pencerapan objek yang sejuk di angkasa seperti ‘failed stars’ (brown dwarfs), awan molekul yang besar dan molekul organik.

Spitzer telah berjaya memecah rekod dengan mengambil spektrum eksoplanet, iaitu sebuah planet yang mengorbit bintang di luar sistem suria untuk mengenal pasti molekul-molekul dalam atmosferanya. Pada asalnya Spitzer dibangunkan untuk beroperasi di angkasa bagi tempoh 2 setengah tahun sahaja. Namun ianya bertahan sehingga 16 tahun dan diumumkan tamat operasi pada 30 Januari 2020.

Untuk maklumat lanjut dan melihat imej angkasa yang menarik dicerap oleh Spitzer layari:

🛰️ https://www.nasa.gov/mission_pa…/spitzer/infrared/index.html

🛰️ https://www.nasa.gov/…/nasa-s-spitzer-space-telescope-ends-…

🛰️ http://www.spitzer.caltech.edu/mission

#MYSA #MOSTI #STI #PKPB #MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience

 #ScienceForLife #SatellitesImproveLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita

Skip to content