PEMANTAUAN CUACA ANGKASA
Cuaca angkasa merujuk kepada fenomena yang berlaku di permukaan Matahari dan persekitarannya sehingga ke lapisan atmosfera Bumi termasuk magnetosfera, ionosfera dan termosfera yang memberi kesan kepada teknologi sama ada yang terdapat di ruang angkasa atau di bumi dan boleh membahayakan kehidupan atau kesihatan manusia. Terdapat pelbagai fenomena cuaca angkasa yang membebaskan plasma yang membawa zarah bercas dan bertenaga tinggi seperti tompok Matahari, lentingan jisim korona (CME), semarak suria, angin suria dan ribut geomagnetik.
Antara kesan fenomena cuaca angkasa adalah:
1️⃣ Kejadian aurora di kutub utara dan kutub selatan bumi;
2️⃣ Ancaman kepada satelit yang mengorbit dan risiko kepada para angkasawan yang sedang membuat aktiviti space walk;
3️⃣ Kerosakan grid bekalan kuasa elektrik dan mengganggu sistem komunikasi tanpa wayar; dan
4️⃣ Gangguan kepada sistem komunikasi jarak jauh akibat perubahan pada ionosfera Bumi yang merupakan lapisan atmosfera berfungsi untuk memantulkan gelombang radio.
MYSA melaksanakan beberapa inisiatif bagi memantau cuaca angkasa termasuk melalui jalinan kerjasama tempatan dan antarabangsa. Ini melibatkan pemasangan instrumentasi yang dapat mengumpul data bagi tujuan kajian, pemantauan dan peramalan cuaca angkasa. Aktiviti ini amat penting bagi memastikan negara sentiasa dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi kesan cuaca angkasa yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada negara.
#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience
#ScienceForLife #SatellitesImproveLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang
#KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid