BALAI CERAP SOLAR
Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dilengkapi dengan Sistem Teleskop Solar pada tahun 2006 bertujuan untuk melaksana pemantauan terhadap aktiviti Matahari secara optikal. Pemantauan ini penting untuk mendapatkan informasi/paparan keadaan Matahari dan sekitarnya yang mungkin akan memberi kesan kepada persekitaran angkasa, teknologi dan kehidupan di Bumi.
Sistem Teleskop Solar ini dilengkapi dengan 5 jenis teleskop yang dapat mencerap Matahari dalam 3 panjang gelombang yang berbeza melalui penapis (filter) cahaya nampak (white-light), Hydrogen-Alpha (6562.8Å) dan Calcium K-line (3933.7Å).
Pada tahun 2015, ONL telah diberi pengiktirafan sebagai salah satu stesen penyumbang data tompok Matahari kepada World Data Centre of Sunspot Number melalui Sunspot Index and Long-term Solar Observations (SILSO) Network kerana berkeupayaan melaksanakan pencerapan Matahari secara konsisten pada setiap hari.
Sila hubungi MYSA bagi mendapatkan data teleskop solar yang telah dianalisis seperti Relative Sunspot Number (RSN) dan imej Matahari yang telah diproses melalui panjang gelombang yang diperlukan.
#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience
#ScienceForLife #SatellitesImproveLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang
#KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid