KAEDAH UNTUK MELIHAT KONJUNGSI
LOKASI @ ARAH PEMERHATIAN DI LANGIT
1. Perhatikan langit arah barat selepas terbenamnya Matahari hingga lebih kurang jam 9.15 malam hari ini;
2. Di langit kawasan khatulistiwa pada ketinggian lebih kurang 29 darjah pada arah barat daya; dan
3. Pastikan kawasan tersebut mempunyai langit malam yang cerah dan bebas daripada bangunan atau pokok tinggi.
KAEDAH PEMERHATIAN
1. Melalui mata kasar kerana kedua-dua planet kelihatan seperti bintang yang cerah; dan
2. Menggunakan binokular/teleskop adalah amat digalakkan untuk pemerhatian dengan lebih jelas. Selain itu, anda akan dapat melihat bulan semulajadi yang terbesar di sekeliling Musytari yang mempunyai jalur dan pusaran berwarna perang serta Zuhal bersama gelangnya.
APPS YANG DAPAT MEMBANTU
1. Menggunakan perisian contohnya seperti Stellarium yang boleh dimuat turun secara percuma untuk mendapatkan simulasi kejadian fenomena dan contoh pemerhatian yang dapat dilihat menerusi gabungan sistem teleskop yang digunakan; dan
2. Muat turun aplikasi seperti Sky Map, SkySafari, SkyView dan sebagainya dari Google Play Store atau Apple App Store melalui telefon bimbit untuk membantu mengenalpasti objek astronomi di langit.
Fenomena ini juga boleh disaksikan di facebook Planetarium Negara yang bersiaran secara langsung pada jam 8 malam (21 Disember 2020) di:
https://www.facebook.com/164122323623815/posts/3533300403372640/
Untuk info lanjut, sila layari: