Menurut United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA), sehingga tahun 2019 dianggarkan sebanyak 8,378 objek buatan manusia telah dilancarkan ke angkasa yang mana 4,994 daripadanya masih aktif. Objek buatan manusia ini adalah termasuk satelit, spaceprobe (kapal angkasa tanpa manusia), stesen angkasa dan sebagainya. Ketinggian orbit, bentuk dan berat sesuatu objek buatan adalah berbeza-beza mengikut tujuan dan fungsinya.