MUSYTARI (JUPITER)
Musytari merupakan planet yang ke-5 dan terbesar dalam sistem suria. Planet bergas ini mempunyai jalur dan pusaran awan ammonia yang mengandungi air yang sejuk, berangin dan terapung di lapisan atmosfera tebal (gas hidrogen dan helium). Planet ini mempunyai satu tompok merah dikenali sebagai ‘The Great Red Spot’ iaitu ribut raksasa bersaiz lebih besar daripada Bumi.
Musytari mempunyai 79 bulan dan daripada jumlah itu, 4 bulan utama telah diperhatikan oleh ahli astronomi Galileo Galilei pada tahun 1610 dan dikenali sebagai Galilean Satellite/Moons iaitu:
1️⃣ Io – mempunyai banyak gunung berapi paling aktif dan tasik lava silikat yang cair di permukaannya;
2️⃣ Europa – permukaan berais dan mempunyai lautan air di bawah permukaannya;
3️⃣ Ganymede – satu-satunya bulan yang menghasilkan medan magnet sendiri; dan
4️⃣ Callisto – banyak kawah dengan permukaan berais dan berbatu, mempunyai hidrogen dan oksigen di atmosferanya serta karbon dioksida di permukaannya.
Terdapat pelbagai misi eksplorasi angkasa telah melalui atau mengorbit Musytari. Pada tahun 1970-an, Musytari mula diterokai kapal angkasa Pioneer 10, Pioneer 11 dan Voyager 1 serta Voyager 2. Galileo merupakan kapal angkasa pertama mengorbit Musytari dan membuat penyelidikan ke atas atmosferanya pada tahun 1989. Pada Julai 2016, kapal angkasa Juno berjaya memasuki orbit Musytari dengan mengkaji atmosfera, struktur dan magnetosfera serta mengambil imej-imej beresolusi tinggi.
Untuk info lanjut, sila layari:
🛰️http://go.nasa.gov/3arYpPl
🛰️ https://
#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #MSN2020 #KeajaibanSains #MagicOfScience #ScienceForLife
#SatellitesImproveLife #MalaysiaPrihatin #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner
#AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid