PENGUKURAN PERIHAL JISIM (MASS PROPERTIES MEASUREMENT)
PENGUKURAN PERIHAL JISIM (MASS PROPERTIES MEASUREMENT)
Merupakan ujian spesifik untuk satelit bertujuan mengukur dan menentukan ciri-ciri fizikal satelit dengan tepat bagi memastikan sistem kawalan arah satelit berada dalam julat ketepatan yang ditetapkan. Parameter pengukuran yang dilaksanakan adalah pusat graviti (Centre of Gravity, CoG), momen inersia (Moment of Inertia, MOI) dan produk inersia (Product of Inertia, POI) serta ketidakseimbangan dinamik.
Rekabentuk satelit perlu menjalani pengujian ini bagi menentusahkan kedudukan pusat graviti dan ciri fizikal yang lain bagi memenuhi keperluan integrasi satelit di dalam roket pelancar dan kawalan arah semasa pelancarannya ke orbit.
Selain menguji satelit, fasiliti pengujian pengukuran perihal jisim ini juga boleh digunakan oleh industri komersial atau pusat penyelidikan dan pembuatan dalam mengukur kedudukan pusat graviti sesuatu objek.