PENGUJIAN GETARAN (VIBRATION TEST)
Merupakan ujian mekanikal untuk mensimulasikan getaran yang dihasilkan oleh pesawat atau kenderaan pelancar. Tujuannya adalah untuk menguji ketahanan satelit bagi memastikan satelit serta semua komponen di dalamnya dapat bertahan semasa proses pelancaran.
Selain satelit, fasiliti pengujian ini boleh digunakan oleh industri komersial, pusat penyelidikan dan universiti bagi pengujian dan analisis getaran bagi komponen/peralatan/produk dalam pelbagai industri/sektor lain seperti berikut:
i) Automotif
– pemasangan papan pemuka, tempat duduk dan cermin pandang belakang serta pam suntikan bahan api dan penderia beg udara.
ii) Minyak dan Gas
– peralatan dan bit untuk penggerudian, sistem perpaipan, medium penghantaran cecair seperti tangki dan struktur pelantar minyak.
iii) Aeroangkasa
– komponen ekzos untuk enjin kapal terbang, pemasangan tempat duduk dan papan pemuka pada helikopter serta pepasangan elektrik dan elektronik untuk sistem kawalan penerbangan.
iv) Lokomotif
– fastener untuk landasan keretapi, struktur viaduct bagi jaringan keretapi dan pemasangan papan pemuka.
v) Barangan Pengguna
– sistem penghawa dingin, sistem pemampat udara, komponen elektronik dan perkakasan elektrik.
vi) Pelabuhan
– penyerap hentak untuk sistem kren di pelabuhan dan pepasangan suis elektrik.
Pengujian getaran terhadap komponen/peralatan/produk adalah bagi menjamin kualiti dan ketahanan komponen/peralatan/produk berkenaan apabila digunakan oleh pengguna. Contohnya, komponen automotif seperti pemasangan papan pemuka (dashboard) kereta perlu melalui pengujian getaran menggunakan alat pengujian getaran dengan profil getaran yang ditetapkan oleh standard. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti pemasangan automotif khususnya bagi kenderaan yang dipasang di dalam negara. Dalam tempoh 2015-2020, sebanyak 68 perkhidmatan telah dilaksanakan yang memberi manfaat kepada 198 pengguna daripada 18 industri/agensi/universiti.
Untuk makluman lanjut layari
https://www.mysa.gov.my/mysa2022/measurement-and…/vibration-test/
https://www.mysa.gov.my/mysa2022/perintah-fi/