MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

INFOGRAFIK21
Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) merupakan sebuah kapal angkasa besar yang dilancarkan pada 20 November 1998 di orbit rendah bumi ketinggian 408 km dengan kelajuan 28,000 km per jam. ISS mengelilingi Bumi setiap 90 minit dan membuat 16 pusingan setiap hari.
 
ISS merupakan inisiatif kerjasama Agensi Angkasa Amerika (NASA), Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos), Agensi Angkasa Jepun (JAXA), Agensi Angkasa Eropah (ESA) dan Agensi Angkasa Kanada (CSA), dibina secara berperingkat bermula pada November 1998 sehingga lengkap sepenuhnya pada 2011 yang melibatkan 15 negara. ISS yang bersaiz 109 m panjang, boleh memuatkan 2 kapal terbang Boeing 747. Secara umumnya, ISS boleh dilihat dengan mata kasar seperti sebutir bintang yang cerah yang bergerak dilangit disebabkan oleh cahaya yang dipantulkan ISS.
 
ISS boleh menempatkan 6 kru angkasawan bagi menjalankan penyelidikan dalam satu-satu masa. Expedition 1 adalah misi pertama angkasawan di ISS dalam tempoh yang panjang iaitu selama 136 hari (Nov 2000 – Mac 2001), disertai komander Amerika, William Shepherd dan 2 Jurutera Penerbangan Rusia, Yuri Gidzenko dan Sergei K. Krikalev. Sehingga kini, seramai 241 individu dari 19 negara telah mengunjungi ISS termasuk Malaysia.
 
Selain melaksanakan penyelidikan, angkasawan juga bertanggungjawab menyelenggara ISS termasuk melakukan ‘spacewalk’ iaitu pemasangan dan pembaikan komponen di luar ISS. Spacewalk pertama dijalankan oleh angkasawan Jerry L. Ross dan James H. Newman pada 7 Disember 1998. Sejak 1998, 227 spacewalk dijalankan (173 spacewalk dijalankan oleh angkasawan NASA dan 54 oleh angkasawan Rusia).
 
Untuk info lanjut mengenai ISS serta bahan bacaan lain yang berkaitan sila layari:
 
Skip to content