MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PENGOPERASIAN TEKNOLOGI ANGKASA DALAM PENGURUSAN BANJIR : SISTEM eBANJIR & IDMS

INFOGRAFIK54

PENGOPERASIAN TEKNOLOGI ANGKASA DALAM PENGURUSAN BANJIR : SISTEM eBANJIR & IDMS

MYSA berperanan membangun dan mengoperasikan Sistem Maklumat dan Logistik Banjir (eBANJIR) berteraskan teknologi angkasa, GIS, GPS & ICT dengan kerjasama agensi-agensi pengurusan bencana negara seperti #ATM#APM#BOMBA#JPS dan #JKM bagi mempertingkatkan kecekapan penyaluran maklumat berkaitan bencana banjir.

MYSA juga turut membangunkan Integrated Disaster Management System (IDMS) yang khusus untuk #NADMA menyelaras dan membuat keputusan dalam aspek pengurusan bencana dengan agensi yang berkaitan. IDMS juga boleh menjadi rujukan dan panduan dalam penyampaian maklumat kepada stakeholder.

Sistem eBanjir dan IDMS ini berteraskan satu pangkalan data bersepadu maklumat geospatial bencana banjir monsun negara menggunakan kepakaran dalaman dan fasiliti sedia ada di MYSA.

Maklumat yang terdapat di dalam pangkalan data ini diperoleh daripada dua sumber. Sumber pertama adalah pengekstrakan maklumat daripada data remote sensing satelit dan data dron yang dilaksanakan MYSA bagi menghasilkan maklumat keluasan, kedalaman dan taburan banjir, lokasi pusat pemindahan banjir, dan kapasiti pangkalan hadapan. Manakala sumber kedua adalah maklumat daripada agensi pengurusan bencana dan agensi lain berkaitan iaitu jaringan jalanraya, gunatanah, hidrologi, lokaliti agensi kerajaan dan sempadan & lokaliti.

Penjanaan maklumat daripada sistem ini membolehkan agensi berkaitan pengurusan bencana melaksanakan tindakan dengan lebih cepat dan berkesan.

 

#MYSA #MOSTI #STI #DSTIN #MySTIE #MagicOfScience #ScienceForLife #SatellitesImproveLife 

#KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu 

#BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa 

 
 
 
Skip to content