MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PERKHIDMATAN FASILITI KAWALAN MISI (FKM)

INFOGRAFIK50

PERKHIDMATAN FASILITI KAWALAN MISI (FKM)

FKM merupakan stesen bumi bagi sesebuah misi angkasa yang berfungsi untuk berkomunikasi secara uplink dan downlink dengan objek angkasa (satelit, kapal angkasa dan roket pelancar) dalam masa nyata (Real time). Tiga fungsi utama FKM:

1️⃣ Telemetri
Penerimaan dan pemantauan maklumat dari objek angkasa (contohnya: suhu, tahap kuasa dan attitude control) secara komunikasi downlink dari objek angkasa ke stesen bumi.

2️⃣ Penjejakan
Mekanisma penentuan kedudukan objek angkasa bagi mengekalkan komunikasi antara stesen bumi dan objek angkasa secara Line of Sight dengan berpandukan pada parameter orbit berkaitan seperti Two Line Elements (TLE) sama ada pada orbit rendah (LEO), orbit sederhana (MEO) mahupun orbit geo-pegun (GEO).

3️⃣ Kawalan
Arahan dan kawalan yang dihantar secara komunikasi uplink dari stesen bumi ke objek angkasa bagi membolehkan objek angkasa memberikan tindak balas yang sepatutnya untuk beroperasi dengan baik.

FKM dibangunkan khusus bagi perkhidmatan pengoperasian misi angkasa sama ada misi angkasa negara mahupun antarabangsa. Melalui kerjasama strategik antarabangsa, fasiliti ini telah memberikan perkhidmatan Telemetri, Penjejakan & Kawalan (TT&C- Telemetry, Tracking and Command) kepada agensi luar seperti European Space Agency (ESA), Surrey Satellite Technology Limited (SSTL), United Kingdom, Swedish Space Corporation (SSC), Sweden, Indian Space Research Organisation (ISRO), India, Institute of Space Systems (IRS), University of Stuttgart, Jerman dan Beijing Aerospace Satelliteherd Company Limited (SATHD), China.

Untuk info lanjut, sila layari:
http://www.spaceops.org/about-space-ops/at-large-members/

 

#MYSA #MOSTI #ESA #SSTL #SSC #ISRO #IRS #SATHD #STI #DSTIN #MySTIE #KeajaibanSains 

#MagicOfScience #ScienceForLife #SatellitesImproveLife #KitaJagaKita #KitaMestiMenang 

#KitalahFrontliner #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa

Skip to content