Penemuan Satelit Astronomi MARS Express (MEX)

Mars Express (MEX) mengimbas permukaan dan atmosfera Marikh untuk mencari tanda-tanda air, memetakan permukaan geografi Marikh dalam warna dan stereo, menentukan komposisi permukaan dan peredaran atmosfera serta mengkaji interaksi dan kesan angin suria kepada Marikh.
Antara penemuan utama MEX dari tahun 2003 hingga 2013 adalah :

– Bukti wujudnya aliran air dalam tempoh yang lama;



– Kutub selatan merangkumi campuran ais dan karbon oksida beku. Jika cair, seluruh planet akan diliputi lautan sedalam 11 meter;

– Gunung berapi terbesar di sistem suria. Gunung Olympus menyerupai perisai yang sangat besar di atas tanah. Ketinggiannya 25km (hampir tiga kali ketinggian Gunung Everest) dan diameter 620 km. Di tengahnya kaldera membuktikan kejadian beberapa letusan gunung berapi pada masa lalu;

– Membantu penyelidik menjelaskan bagaimana Marikh berubah daripada kawasan panas dan lembap menjadi kawasan sejuk dan kering seperti keadaan sekarang;

– Fenomena berupa cahaya ultraungu dipanggil proton aurora yang terjadi di langit namun tidak dapat dilihat dengan mata kasar;

– Terhasil daripada debu kosmik yang bergerak laju dan terbakar sebaik memasuki atmosfera;

– Pembekuan dan pengewapan karbon dioksida merupakan salah satu kitaran iklim yang utama di Marikh dan ia mengawal variasi tekanan udara permukaan mengikut musim;

– Penyelidikan ke atas salah satu bulan di Marikh yang belum pernah dijalankan sebelum ini.
Info lanjut layari:
Page updated on