MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

YBrs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini telah dijemput untuk menyertai Special Session-Remote Sensing Activities in ASEAN bagi menyampaikan pembentangan bertajuk ‘Malaysian Space Science and Remote Sensing Programme’ di The International Geoscience and Remote Sensing Symposium (IGARSS) 2022 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Simposium antarabangsa anjuran The Institute of Electrical and Electronics Engineers – Geoscience and Remote Sensing Society (IEEE GRSS) ini berlangsung pada 17 hingga 22 Julai 2022 secara hibrid.
.
Dalam sesi ini, beliau telah membentangkan berkaitan pembangunan aplikasi berteraskan teknologi angkasa serta hala tuju sektor angkasa negara yang turut menyumbang impak positif dalam pelbagai bidang. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Ir. Dr. Koo Voon Chet, Vice Chair, IEEE GRSS Malaysia.
.
Seterusnya, beliau turut dijemput sebagai panel bagi sesi Career Panel yang diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman kerjaya kepada komuniti muda. Sesi ini turut disertai oleh barisan panel yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya iaitu Ms. Kasturi Devi Kanniah, Head of TropicalMap, Research Group, Universiti Teknologi Malaysia; Mr. Maurice Borgeaud, Head of Science, Applications and Climate Activities, EO Directorate ESA; Mr. Sachidananda Babu, Technology Validation Program Manager, NASA ESTO; Ms. Seonyoung Park, Assistant Professor, SeoulTech; dan Mr. Shannon T. Brown, Principal Technologist, NASA JPL. Sesi ini telah dikendalikan oleh Mr. Mehmet Ogut dari NASA JPL sebagai moderator.
.
Pada sesi yang berbeza hari ini, En. Muhammad Azzam A. Wahab iaitu Pegawai Penyelidik MYSA turut membentangkan kertas penyelidikan bertajuk “SAR2SAR Denoise Method on Land Use and Land Cover in Malaysia using Sentinel-1 Imagery”.
.
#MYSA #MOSTI #IGARSS2022
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysia #merakyatkansains #menginsankanteknologi

 
Skip to content