Secara umumnya, Penghijaban atau “Occultation” dalam bidang astronomi bermaksud kejadian yang melibatkan sesuatu objek melintas di hadapan objek lain. Semasa keadaan ini berlaku, cahaya objek di belakang akan terlindung sepenuhnya tetapi dalam sesetengah keadaan, hanya sebahagian sahaja cahayanya yang akan terlindung.
.
Penghijaban Marikh oleh Bulan hanya dapat disaksikan dari sebahagian kecil kawasan di Bumi. Kedudukan Bulan adalah sangat berdekatan dengan Bumi berbanding dengan objek cakerawala lain menyebabkan ia mempunyai ralat paralaks yang besar. Oleh itu, kedudukan Bulan yang kelihatan di langit adalah berbeza bergantung kepada kedudukan pencerap di Bumi. Kedudukan Bulan yang dilihat dari dua titik pada sisi bertentangan Bumi boleh berbeza sehingga dua darjah, atau empat kali ganda berbanding diameter Bulan Purnama (0.5 darjah). Hal ini bermakna jika Bulan sedang dalam jajaran untuk melintas di hadapan objek tertentu untuk pemerhati di satu sisi Bumi, ia akan kelihatan sehingga dua darjah jauh dari objek itu di sisi lain Bumi.
.
Justeru, Penghijaban Marikh oleh Bulan (Lunar Occultation of Mars) pada 31 Januari 2023 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 dan hanya dapat disaksikan dari sebahagian Amerika Syarikat dengan kenampakan yang kurang jelas kerana cahaya Bulan yang terang, iaitu fasa Bulan Suku Akhir (~78%).
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
Paralaks ialah anjakan atau perbezaan dalam kedudukan ketara sesuatu objek yang dilihat sepanjang dua garis penglihatan yang berbeza dan diukur dengan sudut atau separuh sudut kecondongan antara dua garis tersebut.