MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

HARI SUKAN NEGARA (HSN 2023) PERINGKAT MYSA PADA 15 OKTOBER 2023
Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah disambut dengan meriah pada 15 Oktober 2023.
.
Majlis simbolik perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Hj. Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
.
Program yang dihadiri oleh hampir 300 orang warga kerja MYSA termasuk ahli keluarga masing-masing telah dimulakan dengan acara senamrobik dan diikuti pelbagai acara sukan untuk kategori dewasa dan kanak-kanak.
.
Antara acara menarik yang diadakan ialah ‘fun walk’ bagi menikmati suasana kehijauan di sekitar MYSA, aktiviti berkumpulan ‘compas orienteering’, permainan tradisional, aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak dan sebagainya lagi.
.
Tahniah diucapkan kepada urusetia, Kelab MYSA, dan PUSPANITA cawangan kecil MYSA sebagai penganjur bagi menjayakan HSN peringkat MYSA.
.
Skip to content