Hari Kualiti 2024 anjuran Bahagian Penerimaan dan Pengedaran Data telah berlangsung di Kompleks Operasi Angkasa (SOC), Temerloh Pahang pada 4 September 2024. Mengangkat tema “Tubuh Sihat, Kerja Berkualiti”, kesedaran untuk cakna status kesihatan merupakan elemen penting dalam menyumbang kepada kualiti dan produktiviti kerja. Antara pengisian program seperti ceramah kesihatan amalan pemakanan sihat dan kaunter saringan kesihatan daripada Klinik Kesihatan Bandar Mentakab; dan aktiviti berkumpulan bagi meningkatkan kualiti kerja berpasukan (teamwork).