MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

HARI KUALITI MYSA PADA 10 OKTOBER 2023
Hari Kualiti Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah diadakan pada 10 Oktober 2023 bertempat di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Banting, Selangor. Program ini juga diadakan sempena sambutan World Space Week 2023 (WSW2023) Malaysia Chapter yang diraikan sepanjang bulan Oktober 2023 dan juga sempena Hari Sukan Negara.
.
Objektif program ialah untuk memberi kesedaran berkenaan Sistem Pengurusan Kualiti Agensi, perkembangan teknologi angkasa serta mempromosikan sains dan teknologi angkasa kepada orang awam di sekitar KTA, Banting.
.
Beberapa acara menarik juga telah diadakan antaranya ceramah, aktiviti berkumpulan, saringan kesihatan, officeOlympic@KTA, senamrobik, dan kuiz kesedaran pengurusan kualiti.
.
Ketua Pengarah MYSA, YBrs. Gs. Haji Azlikamil Bin Napiah telah menyempurnakan perasmian penutupan Hari Kualiti MYSA serta menyampaikan hadiah kepada semua pemenang pertandingan.
.
Skip to content