Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) perkasa gaya hidup sihat dan kesihatan mental di Hari Kesedaran Kesihatan MYSA 2025. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Pembangunan) MYSA pada 29 September 2025, bertempat di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur.
.

Antara pengisian:

Senamrobik

MYSA Big Walk

Nintendo Switch Sport

Smart Bike Trainer

Just Dance Challenge

Ceramah kesihatan bertajuk ‘Kesejahteraan Kesihatan Mental di Tempat Kerja’ oleh Tuan Hairulnizam bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan (Psikologi), JKWPKLP
.
Program bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) ini mendapat kerjasama strategik Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKLP), PUSPANITA Cawangan Kecil MYSA serta Kelab Sosial dan Sukan MYSA (MYSAC).
.
Bersama kita jadikan kesihatan sebagai budaya kerja MYSA demi kecemerlangan diri, organisasi, dan negara.
