MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

HARI KESEDARAN KESIHATAN MYSA 2024 SEMPENA BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA PADA 30 SEPTEMBER 2024
Hari Kesedaran Kesihatan MYSA 2024 sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera telah berlangsung pada 30 September 2024 di Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur.
 
Program bertujuan:
🔵Memberi kesedaran kepada warga MYSA mengenai kepentingan kesihatan kendiri
🔵Pengetahuan tentang bantuan kecemasan dan prosedur yang perlu dilaksanakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan berkaitan kesihatan.
.
DRSABCD (Danger, Response, Shout, Airway, Breathing, Circulation, Defibrillation). Perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat sebagai persediaan kami semua mendepani situasi kecemasan kesihatan.
.
Pengisian program:
🔖Ceramah asas pertolongan cemas
🔖Pemeriksaan dan saringan kesihatan (BMI, Tekanan Darah, Kandungan Gula, Kolestrol, Pap Smear dan Payudara)
🔖Ceramah kesihatan – Teknik Relaksasi Di Tempat Kerja
🔖Sesi praktikal CPR
🔖Pameran kesihatan dari Pejabat Kesihatan Titiwangsa, Pejabat Kesihatan Kepong, Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
.
Rakaman penghargaan kepada Pejabat Kesihatan Titiwangsa dan Pejabat Kesihatan Kepong, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kerjasama dalam penganjuran program hari ini.
.
Seiring dengan pesatnya kemajuan teknologi dan keperluan global yang semakin mencabar, adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap terbaik agar tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Skip to content