MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Hari Keluarga MYSAC 2023
 
25 Februari 2023 – Kelab Sukan dan Sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSAC) telah menganjurkan Hari Keluarga MYSAC 2023 yang bertemakan “Kampung.com” di perkarangan MES, Kompleks Teknologi Angkasa (STC), Banting. Bagi meraikan tema hari keluarga MYSAC 2023, warga MYSA bersama-sama keluarga telah hadir dan berpakaian mengikut tema.
.
Program telah dirasmikan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Penasihat MYSAC. Turut hadir sama YBrs. Encik Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA , YBrs. Puan Nik Mazlina Binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal & Operasi) MYSA, Pengarah-Pengarah Bahagian, serta warga MYSA bersama keluarga masing-masing.
.
Hari Keluarga yang penuh ceria ini diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti acara sukaneka dewasa dan kanak-kanak, “bouncy castle inflatable slides”, kehadiran badut yang menggembirakan anak-anak dengan belon percuma, lawatan ke kawasan STC dengan menaiki buggy, cabutan bertuah dan banyak lagi. Selain daripada itu, Pertandingan Mencorak Labu Sayong telah diuruskan oleh PUSPANITA MYSA bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Acara ini merupakan antara usaha untuk memperkenalkan generasi muda kepada salah satu peralatan yang tidak asing di kampung pada zaman dahulu.
.
Terima kasih kepada semua warga MYSA yang sudi memeriahkan Hari Keluarga MYSAC 2023.
Skip to content