MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PENYERTAAN MYSA DALAM GLOBAL SPACE TECHNOLOGY CONVENTION AND EXHIBITION (GSTCE 2025) DI SINGAPURA
YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA telah dijemput sebagai panel bagi sesi ‘Space as an Enabler of ASEAN’s Sustainable Economic Growth: Harnessing Technology and Strengthening Supply Chains for Regional Development’ semasa Global Space Technology Convention & Exhibition (GSTCE 2025) di Singapura.
Sesi panel ini membincangkan berkenaan peranan ASEAN dalam mengukuhkan rantaian bekalan global dalam memastikan kesinambungan bagi menyokong usaha industri angkasa tempatan dan antarabangsa.
Turut serta dalam sesi panel ini adalah Mr Ronald Tong, Deputy Executive Director, Office for Space Technology & Industry, Singapore (OSTIn); Ms. Siriluk Prukpitikul.,Deputy Executive Director, Geo-Informatics and Space Technology Development Agency, Thailand (GISTDA) dan Dr. Joel Joseph S. Marciano Jr, Director General, Philippine Space Agency (PhilSA). Manakala, sesi panel ini telah dikendalikan oleh Mr. Duleesha Kulasooriya, Asia-Pacific Innovation Leader, Centre for the Edge, Deloitte.
GSTCE telah dianjurkan sejak tahun 2008 dan menjadi platform yang terkenal untuk membincangkan peluang dalam sektor angkasa dan teknologi. Tema GSTCE 2025 iaitu “Commercialising Space – New Frontiers in Disruptive Innovation” menampilkan perbincangan mendalam mengenai inovasi dalam AI, keselamatan siber, bandar pintar, kemampanan, dan perubahan iklim.
Penganjuran GSTCE 2025 selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Februari 2025 merangkumi sesi panel, pembentangan pakar dan bengkel telah disertai oleh pegawai kanan kerajaan, pemimpin industri dan pakar dari seluruh dunia.
GSTCE 2025
GSTCE 2025
Skip to content