YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, memaklumkan penyediaan garis panduan ini adalah selaras dengan harapan kerajaan untuk memastikan pembangunan sektor angkasa di Malaysia khususnya berkaitan kemudahan pelancar dapat dilaksanakan dengan terancang, lebih berkesan dan memberi pulangan besar kepada negara dalam aspek penjanaan ilmu baharu, penerokaan saintifik, penjanaan kekayaan, kesejahteraan masyarakat, dan keselamatan serta kedaulatan negara.