AKTIVITI CERAPAN PLANET ZUHAL DI DATARAN LANG, LANGKAWI PADA 25 OKTOBER 2024
Cerita malam tadi (Jumaat, 25 Oktober 2024) sekitar aktiviti cerapan Planet Zuhal di Dataran Lang, Langkawi. Keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk pengunjung melihat dengan jelas Planet Zuhal & Zuhrah. Apa pun jua, terima kasih kepada semua yang hadir.
.
Program anjuran Sahabat Langit Utara – SALUT dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sains angkasa dan cakna mengenai isu-isu perubahan iklim yang mempengaruhi cuaca, ekosistem dan kehidupan di bumi.