YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dijemput sebagai panel forum bertajuk ‘Public-Private Partnerships in Space Exploration’ yang berlangsung pada 12 Ogos 2024 bersempena Malaysia Commercialisation Year (MCY) Summit 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre.
.
MCY Summit merupakan acara kemuncak tahunan yang bertujuan mengiktiraf serta meraikan pencapaian penyelidik dan usahawan teknologi tempatan yang telah berjaya mengkomersialkan produk/teknologi/ perkhidmatan hasil R&D di pasaran tempatan dan antarabangsa, di samping mempromosikan inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Tema MCY 2024 adalah ‘Leading the Regional Innovation’ dan fokus teknologi bagi MCY Summit pada tahun ini adalah Angkasa, Bioteknologi dan Hidrogen.
.
Panel jemputan lain bagi sesi ini ialah YBhg. Dato’ Kamarul Redzuan Muhamed, Group CEO & Managing Director, Uzma Berhad dan Encik Hamza Hameed, Senior Manager for Space & Policy, Access Partnership. Sesi ini telah dikendalikan oleh YBrs. Dr. Norilmi Amilia Ismail, Founder & CEO, SpaceIn.