MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

FORUM GEODATA AND EARTH OBSERVATION FOR AGRI-FOOD AND WATER MISSION IN MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2025
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dijemput menyampaikan ucaptama di forum ‘Geodata and Earth Observation for Agri-Food and Water Mission In Malaysia’ anjuran Netherlands Space Office (NSO) pada 26 Februari 2025, bertempat di Hotel Doubletree Hilton, Kuala Lumpur. Ucaptama telah disampaikan oleh Ts. Kamaruzzaman bin Wahid, Pengarah Bahagian Aplikasi Strategik MYSA.
▪️MYSA berkongsi mengenai Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030: Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030) untuk negara mencapai matlamat membangunkan keupayaan sendiri (self reliance) dalam teknologi angkasa.
▪️Pelaksanaan MSE2030 meliputi pendekatan pembangunan inovasi teknologi angkasa yang lebih terbuka dan berstrategi, merancakkan penglibatan industri, kerjasama awam-swasta dan jalinan kerjasama antarabangsa.
▪️MYSA telah menguasai kepakaran dalam aktiviti hiliran (downstream) teknologi angkasa melalui pembangunan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa. Sehingga kini, 60 sistem aplikasi telah dibangunkan oleh MYSA. Sasaran ditetapkan untuk pembangunan lima (5) aplikasi baharu setiap tahun bagi kegunaan pelbagai agensi kerajaan.
▪️Penumpuan MYSA kini terarah untuk membangun ekosistem melibatkan aktiviti-aktiviti huluan (upstream) teknologi angkasa seperti Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) – satelit remote sensing ketiga negara; Program Pembangunan Bandar Angkasa (Space City); dan Program Pembangunan Kemudahan Pelancar di Malaysia.
▪️Pemerkasaan kedua-dua aktiviti – downstream dan upstream dapat membentuk ekosistem angkasa yang holistik dan menyeluruh (terangkum) dan memaksimumkan potensi industri angkasa negara.
Skip to content