MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

PROGRAM EKSPLORASI KBAT MYSPACE @ SK KANCHONG DARAT PADA 15 DISEMBER 2023
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dijemput menyertai Program Eksplorasi KBAT Myspace @ Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat, Banting pada 15 Disember 2023.
.
Program ini bertujuan untuk menerapkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains serta memberi pendedahan terhadap teknologi angkasa dan sains angkasa. Program ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar daripada beberapa buah sekolah rendah di daerah Banting.
.
Beberapa aktiviti telah dijalankan di antaranya pameran teknologi angkasa, sesi melihat matahari melalui teleskop mudah alih, membina origami model satelit dan ceramah yang telah disampaikan oleh pegawai dari MYSA.
.
Skip to content