MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

EARTH INSIGHT 2025 CONFERENCE AND SPECIAL SESSION FOR PARTNERS – 17 & 18 JUN 2025
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima jemputan sebagai panel di Earth Insight 2025 Conference and Special Session for Partners anjuran MDA Space pada 17 dan 18 Jun 2025 di Vancouver, Kanada. Puan Norizan binti Abdul Patah, Pengarah Bahagian Penerimaan dan Pengedaran Data, MYSA telah menyampaikan topik Utilising Space-based Technologies for Environment and Disaster Monitoring – berkongsi pengalaman dan peranan MYSA memanfaatkan penggunaan teknologi angkasa bagi membantu agensi-agensi pengurusan bencana dan alam sekitar negara melaksanakan pengurusan, pemantauan dan mitigasi di lokasi berkaitan.
.
Barisan panel yang turut serta; Mr. Muraki Yusuke, Senior Engineer, Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), Japan; Dr. Motoyuki Arai, CEO, Synspective, Japan; Dr. Tanita Suepa, Director of Strategy Alliance Office, Geo-informatics and Space Technology Development Agency (GISTDA), Thailand; Mr. Shane Jacobs, Global Aviation Manager at Oil Spill Response Ltd. (OSRL), Southampton UK dan Mr. Prasad Nair, Director BD-APAC, MEA & LATAM, MDA, Canada (Moderator).
.
Penyertaan MYSA ini selaras dengan Teras 5 Dasar Angkasa Negara 2030: Meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama serta jaringan antarabangsa bagi melengkapi keupayaan angkasa negara.
Skip to content