MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

DIALOG TRITI ANGKASA PADA 16 NOVEMBER 2023
Dua Pegawai Penyelidik MYSA iaitu Puan Sholehah binti Ismail dan Encik Wayne Ng Su Wai telah dijemput sebagai pembentang semasa sesi Dialog Triti Angkasa bersama pemegang taruh dan pihak berkepentingan anjuran Bahagian Penguasa Angkasa, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diadakan di Hotel Zenith Putrajaya pada 16 November 2023.
.
Sesi dialog ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada pemegang taruh dan pihak berkepentingan mengenai impak, peranan serta obligasi negara sekiranya Malaysia bersetuju untuk menyertai (accede) kesemua lima atau mana-mana triti angkasa di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan pewartaan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] pada tahun 2022.
.
Turut hadir sebagai pembentang adalah YBrs. Encik Mhd Fairos bin Asillam, Penguasa Angkasa, Bahagian Penguasa Angkasa, MOSTI; YBrs. Prof Madya Dr. Tunku Intan Mainura binti Tunku Makmar, Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM); dan YBrs. Dr. Che Zuhaida binti Saari, Pensyarah Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
.
Seramai 70 peserta telah menyertai sesi dialog ini yang terdiri daripada agensi Kerajaan, akademia dan industri.

 

Skip to content