MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

DELEGASI UNOOSA DAN MYSA SEMBAH MENGHADAP KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH PADA 9 MAC 2026
Delegasi Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Angkasa Lepas (United Nations Office For Outer Space Affairs [UNOOSA]) yang diketuai oleh Ms. Aarti Holla-Maini, Pengarah UNOOSA bersama-sama dengan YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah atas perkenan baginda menerima menghadap di Shahzan House, Kuala Lumpur pada 9 Mac 2026.
.
Sembah menghadap ini bertujuan memaklumkan perkembangan usaha kerjasama industri tempatan dengan UNOOSA membangunkan bandar angkasa di negeri Pahang.
 
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content