MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

CERAPAN HILAL BAGI PENENTUAN SYAWAL 1446H PADA 30 MAC 2025
▶️Cerapan hilal bagi penentuan Syawal 1446H telah diadakan pada 30 Mac 2025, bertempat di Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah. Lokasi tersebut merupakan salah satu daripada 29 lokasi cerapan di seluruh Malaysia. Cerapan rasmi ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Mufti Negeri Kedah.
.
▶️Pasukan Observatori Negara Langkawi (ONL) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dilantik oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah di bawah keanggotaan Jawatankuasa Teknikal Cerapan Hilal. MYSA berperanan memberi khidmat teknikal dalam melaksanakan pencerapan hilal dengan menggunakan instrumentasi teleskop. 🔭 🤝
.
▶️Turut terlibat sama, Pegawai Agama Daerah Langkawi, pegawai daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM dan Ibu Pejabat Polis Langkawi.
Skip to content